Bagi anda yang gemar melancong, selain memburu tiket penerbangan murah pastinya anda juga mahukan harga penginapan yang berpatutan. Akan tetapi, apabila anda membuat tinjauan semestinya harga akan berubah dan kadangkala akan lebih mahal daripada hasil tinjauan awal anda.

Oleh itu, platform tempahan penginapan serantau Agoda kini menampilkan ciri baharu buat pengguna iaitu Price Freeze di mana membolehkan pengguna miliki harga tawaran menarik dengan membayar wang pendahuluan untuk membekukan harga penginapan sebelum mengesahkan tempahan dalam tempoh 14 hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lantaran itu, pengguna tidak perlu membayar lebih walaupun kos penginapan berkemungkinan naik atau turun dalam tempoh Price Freeze, sebaliknya mereka akan turut menikmati penjimatan sekiranya harga tersebut turun.

Akan tetapi, sekiranya pengguna bertindak untuk tidak meneruskan tempahan dalam tempoh Price Freeze, wang pendahuluan yang telah dibayar tetap akan ditolak.

Pelaksanaan ciri ini tercetus hasil pemerhatian Agoda yang memahami kalangan pengguna memerlukan sedikit masa untuk laksana keputusan tempahan penginapan dan akan membuka peluang kepada pengguna yang tidak bersedia agar tidak terlepas tawaran penginapan menarik.