Pastinya McDonald’s Cheeseburger menjadi salah satu daripada menu kegemaran anda setiap kali anda berkunjung ke McDonald’s. Syarikat beli belah secara atas talian Grey Lines telah melancarkan lilin yang memiliki aroma cheeseburger.

Lilin aroma cheeseburger tersebut dinamakan sebagai ‘The Maccas Run’. Selain daripada aroma cheeseburger, aroma yang turut diperkenalkan adalah garlic bread, bacon dan mi goreng. KFC sebelum ini juga pernah menghasilkan lilin dengan aroma ikonik ayam goreng mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lilin tersebut berharga $21.12 (~RM86.42) dan boleh dibeli secara atas talian di laman web Grey Lines. Walau bagaimanapun, lilin itu telah habis dijual. Jika nyalakan lilin ini, harapnya mampu boleh kenyang jika bau.

SEI_55675571

Sumber