Artis Hollywood atau billionaire pasti akan ada gambar mereka sedang menaiki kapal terbang di laman media sosial mereka terutamanya di Instagram. Ianya seperti satu social status sekiranya dapat menaiki jet peribadi di mana kita sahaja penumpangnya. Kalau anda kenal Dan Bilzerian, pasti anda tahu betapa lavish nya hidup lelaki ini dan beliau memang selalu menaiki jet peribadi ke mana sahaja.

Namun ianya bukannya sesuatu yang sukar untuk merakam gambar di dalam jet peribadi selepas ini. Kini siapa sahaja boleh menyewa jet peribadi dan berlagak kaya dengan harga serendah USD250 (lebih kurang RM1000) sejam. Namun anda kena terbang ke Moscow terlebih dahulu.

Private Jet Studio yang berpengkalan di Moscow ini menyediakan pakej photoshoot untuk sesiapa yang berminat untuk mengambil gambar di dalam jet peribadi yang sebenar. Anda boleh buat apa sahaja di dalam jet perbadi model Gulfstream G650 ini mengikut berapa lama anda menyewa.

Harga pakej yang ditawarkan juga berbeza. Anda boleh sewa jet ini tanpa jurugambar, dengan jurugambar atau pun jika anda mahu buat video, pakej untuk hasilkan video juga ada. Bijak juga bisnes Private Jet Studio ini kerana mereka tahu ada permintan untuk photoshoot seperti ini.

Rakaman di Private Jet Studio akan memberi perasaan seperti anda berada di awangan menaiki jet peribadi tetapi sebenarnya anda berada di atas tanah sahaja sepanjang masa. Yang pasti, anda akan dapat banyak likes di Instagram jika bergaya di dalam jet peribadi.

Kalau anda dah bosan bergambar dengan kereta sewa Ferrari atau Lamborghini untuk merakam gambar sebagai tanda kejayaan bisnes anda, apa kata tiru pula gaya orang putih dengan buat photoshoot di atas jet peribadi. Barulah like a boss. Rasanya ada syarikat di Malaysia yang menawarkan servis seperti ini di Malaysia.

https://www.instagram.com/p/BaNDVzBn1TI/?taken-by=privatejetstudio