Tidak lengkap menonton wayang tanpa popcorn, bukan? Pasti ada daripada anda yang sering kehabisan popcorn sebelum filem ditayangkan lagi.

Anda yang sering mengalami situasi tersebut pasti akan tersenyum gembira apabila mengetahui berita ini. TGV kini menawarkan kepada anda dua tawaran hebat iaitu popcorn bucket dan tumbler yang membolehkan anda isi semula popcorn dan minuman anda.

Dengar sahaja pasti sudah buat anda teruja dan anda boleh mendapatkan harga istimewa untuk pengisian popcorn dan minuman anda dengan harga serendah RM5.90 sahaja. Mudah sahaja untuk mendapatkan harga tersebut, anda hanya perlu membawa popcorn bucket dan tumbler anda setiap kali ingin membuat isian semula.

Adalah diingatkan bahawa promosi pengisian semula berharga RM5.90 ini hanya tersedia untuk Hollywood Popcorn sahaja dan promosi ini tamat pada 29 Februari 2020.

Anda boleh mendapatkan popcorn bucket dan tumbler isian semula ini dengan ke cawangan TGV berdekatan anda dengan hanya RM29.90 sahaja dan anda boleh menikmati isian semula seterusnya pada harga yang di tetapkan. Difahamkan, anda boleh membuat pengisian semula pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Tahun ini terdapat pelbagai filem menarik yang akan ditayangkan pada tahun ini. Apa kata lihat dulu trailer filem-filem yang mungkin anda berminat tonton di pawagam.

Tonton Trailer Rasmi Pertama Minions: The Rise Of Gru

Tonton Trailer Epik Mulan Yang Pasti Buat Anda Teruja

Tonton Trailer Teaser Filem James Bond ‘No Time To Die’