Adakah anda mempunyai impian untuk bekerja di Google? Well, kami mahu!

Ini gara-gara menonton filem The Internship di mana penggambaran filem itu telah diadakan di syarikat tersohor tersebut. Siapa yang tidak tertarik dengan makanan lazat yang percuma, pengangkutan percuma ke tempat kerja, gimnasium, spa, pusat cucian kering, pusat kecantikan dan paling utama, gaji yang tinggi sebagai insentif pekerja? Selain itu, infrastruktur yang berada di Google juga begitu awesome membuatkan anda berasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak. No kidding!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda menyimpan cita-cita seperti itu, maka anda wajib tahu beberapa fakta berkenaan pengambilan pekerja di Google!

 

1. Hanya 1 daripada 130 pemohon diterima bekerja.

 

2. Anda tidak semestinya perlukan kelayakan. 14% berjaya diterima tanpa perlu pergi ke kolej.

 

3. Keupayaan untuk belajar adalah amat penting berbanding kepandaian seseorang.

 

4. Kepimpinan perlu ditunjukkan pada masa yang bertepatan.

 

5. Purata sebanyak 37 hari diperlukan untuk menyelesaikan satu proses temuduga.

 

6. Google mencari insan yang pakar di dalam sesuatu bidang, namun pada masa sama turut mempunyai lain-lain minat.

 

7. Brain teasers sudah tidak penting lagi! 

 

Berikut adalah infografik menyeluruh daripada Staff.com.

 

Bagaimana, berasa tercabar? ;)