Peminat badminton Indonesia mengucapkan tahniah kepada beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berjaya menewaskan beregu Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan , 17-21, 21-17, 21-14  bagi membolot kilauan pingat gangsa di Olimpik Tokyo 2020.

Kemenangan beregu negara ini juga menyaksikan Malaysia akhirnya berjaya mengakhiri kemarau di Olimpik Tokyo apabila menghadiahkan pingat pertama buat negara yang kini berada di tangga ke-70 catatan pungutan pingat di temasya kali ini.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Di dalam satu ciapan yang dimuat naik Bayu Arisandy, salah seorang peminat badminton dan warganet Indonesia, beliau mengucapkan tahniah serta menyatakan bahawa Malaysia sememangnya layak untuk memenangi perlawanan kali ini.

“Sudahkah anda menonton temuramah Aaron Chia & Soh Wooi Yik. Mereka benar-benar menangis!!! Sebagai rakyat Indonesia, saya tidak tahu mengapa saya merasa terharu dan otak saya berkata “mereka layak mendapatkannya! Masa untuk menunjukkan kepada Israel apa yang anda ada,” tahniah Malaysia, hormat dari Indonesia,” katanya.

Ciapan yang ditulis selepas perlawanan semalam itu kemudiannya tular di Indonesia dan Malaysia. Ia telah mendapat lebih 4,000 ciapan balas dan komentar dari rakyat Malaysia serta Indonesia.

Sebahagian daripada rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih, manakala warganet Indonesia yang lain turut bersetuju dengan ciapan dari Bayu tersebut.

Good Game! Saya juga ikut merasa senang bagaimana begitu semangat para atlet Malaysia! The Daddies juga powernya masih the best diumur yang dibilang sudah tidak muda lagi,” kata salah seorang warganet Indonesia.

“Daddies dengan Minions pun tak kurang hebatnya. Kami di Malaysia, bila tahu kena lawan dengan mereka, memang nervous juga. Kali ni, rezeki berpihak kepada Malaysia, moga jumpa lagi di lain-lain tournament! Good game!” Kata salah seorang warga netizen Malaysia.

“Seperti kata pak ahsan. Semua sama-sama berusaha, sama-sama hebat. Selamat malaysia keren lah atlet kalian. Sahabat serumpun semoga pertandingan ke depan bisa bertemu lagi,” kata warganet Indonesia.

“Perlawanan yang hebat. Ahsan-Setiawan adalah legenda sukan badminton. Semoga Aaron-Wooi Yik dapat mengikuti jejak mereka untuk mencapai kejayaan itu. Sudah lama Malaysia tidak mempunyai pemain badminton dengan gelaran juara dunia,” balas warganet Malaysia.

Melihat kepada ucapan tahniah ini, ia sangat manis apabila kedua-dua negara mampu untuk bersama-sama dan menunjukkan semangat kesukanan yang kuat.

Untuk rekod, pingat gangsa dalam sukan badminton di Olimpik Tokyo kali ini bukanlah prestasi yang baik kerana lima tahun lalu di Olimpik Rio, Malaysia berjaya mengutip tiga pingat perak menerusi Lee Chong Wei, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Tetapi melihat kepada situasi pandemik dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para atlet ia sudah cukup untuk membuat seluruh rakyat Malaysia bangga. Beraksi di sukan Olimpik bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu memberi saingan dan tidak mudah mengaku kalah.

Servis S, teknik hebat keluarga Sidek yang diharamkan daripada kejohanan badminton dunia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Servis S, Teknik Hebat Keluarga Sidek Yang Diharamkan Daripada Kejohanan Badminton Dunia

‘Setiap Ahad Buat Macam Final’ – Peminat Badminton Kagum Dengan Ketegasan Dan Nasihat Misbun Sidek

Bintang Badminton China, Lin Dan Umum ‘Gantung Raket’ Daripada Dunia Badminton

 

Anda Mungkin Suka