NASA dalam salah satu projek perkhidmatan pengkebumian manusia bakal melancarkan satu program untuk membina makam atau kuburan manusia di bulan.

Bagaimanapun, pengebumian di Bulan ini tidak akan berlaku dengan jenazah seorang manusia. Tetapi ia melibatkan abu seorang manusia yang dibakar dan dihantar ke Bulan menjelang tahun 2021, lapor Space.com.

Difahamkan, syarikat pengebumian ruang angkasa, Texas Celestis akan menyediakan kapsul yang membawa abu manusia dan DNA mereka dalam penjelajahan ke Bulan tahun hadapan.

Projek yang dinamakan sebagai Luna 2 ini akan dilancarkan pada bulan Julai 2021. Ia akan menuju salah satu wilayah yang terletak di sana, yang diberi nama sebagai Lacus Mortis.

The New York Post melaporkan hingga hari ini, hanya ada seorang saintis planet revolusioner, Eugene Shoemaker, yang terkubur di permukaan Bulan.

“Kapsul peringatan Celestis akan tetap berada di Bulan sebagai penghormatan terakhir kepada jiwa yang berani, yang tidak pernah berhenti meraih bintang,” kata Celestis.

Pakej pengebumian, yang merupakan kerjasama antara NASA dan Celestis, berharga dari  USD$ 12,500 atau sekitar RM50,000. Untuk penerbangan pada Julai 2021, NASA dilaporkan telah menyediakan senarai abu mayat yang akan dikebumikan di Bulan.

Abu mayat ini akan dibawa ke permukaan Bulan oleh kapal angkasa yang dibuat oleh Astrobotic, sebuah syarikat robotik swasta AS. Diberi nama sebagai Peregrine Lander, ia akan menjadi kapal angkasa Amerika pertama yang mendarat di Bulan sejak misi Apollo.

Astrobotic dipilih pada tahun 2019 oleh NASA dengan kontrak bernilai US$ 79.5 juta bagi menyampaikan muatan ke Bulan.

Untuk rekod, pada tahun 2018, syarikat AS Elysium Flights menyebarkan satu gram abu dari 100 orang yang sudah meninggal dunia di luar orbit Bumi dengan roket SpaceX.

Terdahulu, NASA menawarkan sehingga RM85,000 kepada sesiapa yang berjaya mencipta tandas. Klik pautan di bawah untuk membaca.

NASA Tawar RM85,000 Kepada Sesiapa Yang Berjaya Mencipta Tandas Dan Ini Adalah Syaratnya

NASA Kaji Asteroid Gergasi Yang Bernilai RM41,563,418,211,000,000,000

NASA Kongsi Imej Perbezaan Kawasan Hutan Di Antara Sarawak Dan Brunei