Bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Bagi anda yang sudah merancang percutian ke pelbagai destinasi dan terpaksa membatalkannya pasti berasa sedih.

Tidak dapat dinafikan mesti ada yang tertanya-tanya selepas penularan wabak COVID-19 ini berjaya ditangani, adakah selamat untuk melancong selepas itu atau kena tunggu sampai bila untuk melancong, bukan?

BeFunky-collage-10
HYPE
Ini Rahsia Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan Pilihan Terbaik Para Ibu
Baca lagi →

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh LuggageHero mendapati bahawa kebanyakan orang akan memilih untuk melancong dalam negara, pilih destinasi yang dekat dan hanya dalam waktu yang singkat.

KLIA

Gambar hiasan. Sumber: Travel Daily Media

Manakala, Atmosphere Research Group (ARG) yang merupakan pakar pelancongan global mengatakan bahawa industri pelancongan akan pulih sedikit demi sedikit dalam masa 2 tahun selepas COVID-19 diisytiharkan di bawah kawalan.

Tidak pasti sama ada proses pemulihan akan bermula selepas COVID-19 di bawah kawalan dengan kadar jangkitan COVID-19 tiada lagi atau ketika vaksin berjaya dihasilkan dan tersedia di mana-mana.

Kemungkinan penularan wabak COVID-19 akan terkawal pada penghujung tahun 2020 dan dalam tempoh 6 hingga 9 bulan pertama diramalkan kumpulan pertama yang akan memulakan langkah meneroka semula dunia dikenali sebagai ‘tiptoe traveller’.

dsc-3986-06_09_380400

Gambar hiasan. Sumber: Libur

Golongan ini adalah terdiri daripada mereka yang memulakan perjalanan atas urusan perniagaan dan juga melibatkan perjalanan peribadi serta percutian. Kemudian, dalam tempoh 8 hingga 16 bulan pula akan berlaku gelombang ‘perintis’.

Bagi golongan ini, mereka akan memulakan perjalanan perniagaan bersama penumpang kerap serta diramalkan akan membuat perjalanan antarabangsa berjarak sederhana. Bagi tempoh 12 hingga 18 bulan kemudian, industri pelancongan yang melibatkan penerbangan, perhotelan dan banyak lagi akan mula sibuk.

Ketika ini, golongan ‘fast follower’ akan mula menerokai semula dunia dan sebahagian besar industri akan kembali hampir seperti sebelum berlakunya penularan wabak COVID-19.

24 bulan selepas COVID-19  berjaya dikawal, ARG menjangkakan bahawa industri pelancongan akan kembali pulih. Pastinya industri pelancongan terkesan berikutan penularan wabak COVID-19 ini dan memerlukan masa untuk pulih seperti sedia kala.

Selepas penularan wabak COVID-19 berjaya dikekang, destinasi manakah yang menjadi pilihan anda? Sementara itu, jika anda tidak tahu cara untuk minta ‘refund’ penerbangan yang dibatalkan kerana COVID-19, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

8 Cara Mudah Minta ‘Refund’ Tiket Penerbangan AirAsia Anda Yang Dibatalkan Kerana Coronavirus

AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’

Ini Cara Mudah ‘Refund’ Tiket Penerbangan Apabila Visa Tidak Lulus

Anda Mungkin Suka