Maafkan kami jika gurauan kami terlebih. :-P

Sebenarnya kami sedang bercakap mengenai kapal terbang yang bakal dibina 10 tahun lagi oleh Centre of Process Innovation, sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di United Kingdom.

Mereka bakal membina sebuah kapal terbang tanpa tingkap dan digantikan dengan skrin sentuh OLED. Oh Ohsemnya!

Jom lihat gambar-gambar kapal terbang ini.

Skrin sentuh OLED ini akan dipasang sepanjang kapal terbang yang membolehkan kita lihat dunia di luar kapal terbang.

Mana tahu Superman tengah lalu, boleh lambai-lambai dekat dia bukan? :-P

Pada skrin itu jugak, kita boleh dapatkan infomarsi berkenaan dengan penerbangan tersebut. Kemudian nak panggil pramugara/pramugari pun boleh. :-)

Selain itu, nak melayari internet pun boleh. Apa lagi, update status facebooklah. Boleh bagi kawan jeles. Hehe

Tapi kalau waktu malam macam mana pulak? Boleh tahan seram juga kan? Kena pulak masa itu tengah hujan. Fuhhhh! Kilat lalu sebelah, nak tercabut jantung jadinya. Haha

Kemudian mereka kata, dengan membuang semua tingkap pada kapal terbang, ia bakal menjadi lebih nipis, ringan dan paling penting, dinding yang lebih kuat.

Jom tonton video ini pula untuk penerangan yang lebih padat tentang Windowless Aircraft ini.

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk menaiki kapal terbang ini 10 tahun lagi? ;-)

Kami tengah fikir lagi. Macam gayat je. Hehehe.

Sumber : BoredPanda

Like page The Vocket di Facebook.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤