Baru-baru ini tular mengenai ijazah dan sijil palsu yang dipalsukan yang dilakukan oleh satu organisasi yang tidak diiktiraf dengan menarik perhatian mahupun menggoda sesetengah pihak untuk mendapatkan kelayakan yang dipalsukan supaya mereka boleh maju dalam sesuatu kerjaya mereka.

Hal ini kerana, terdapat beberapa sebab yang mendorong mereka untuk memalsukan kelayakan mereka iaitu untuk menarik perhatian majikan dengan tujuan untuk meyakinkan  bakal majikan mengenai kebolehan mereka agar diterima untuk menjawat jawatan yang tinggi dan hebat.

Fake-PhD-Dion-712361
contoh phd palsu yang ditawarkan atas talian

Walaubagaimanapun, sekiranya anda cuba berbuat demikian anda akan menghadapi risiko yang tinggi untuk dipecat dari pekerjaan anda apabila majikan anda dapat mengetahui bahawa kelayakan sijil atau ijazah anda telah dipalsukan kerana itu boleh dianggap sebagai salah laku yang serius di dalam etika pekerjaan.

Pihak yang bertanggungjawab telahpun menubuhkan sistem akreditasi melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan profesional dan pengawalseliaan yang lain.

960Ă—0
China merupakan negara dengan pengeluar sijil akademik palsu terbesar dunia

Untuk pengetahuan umum, pada tahun 2018, Kementerian Pelajaran telah melancarkan sistem yang dikenali sebagai e-Scroll atau Sistem Pengesahan dan Pengesahan Gelaran Universiti dengan menggunakan teknologi blockchain supaya orang boleh menyemak kelayakan yang dipalsukan.