Adakah anda seorang yang sukar bangun pagi? Kadang-kala bunyi alarm yang kuat juga tidak buatkan anda sedar atau bangun daripada tidur lebih-lebih lagi jika tidur yang tidak mencukupi.

Jika ya, mungkin jam tangan daripada Pavlok ini sesuai buat anda. Sesuai dengan slogannya ‘Vibrate, Beep, Zap’ bakal memberi sedikit genjatan elektrik buat pemakainya ketika alarm ditetapkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jangan risau, Shock Clock daripada Pavlok ini telah disahkan selamat ini tidak akan memberi genjatan elektrik yang serius buat badan anda malah sekadar untuk membangkitkan anda daripada tidur serta mengurangkan masa anda mengelamun.

Syarikat yang sudah bertapak sejak 2014 ini bukan sahaja membantu orang ramai dengan masalah tidur malah turut membantu bagi menghilangkan masalah ketagihan atau tabiat buruk sesuatu perkara.

Sumber