Suasana dewan peperiksaan

Adakah anda kenal buku ini?

Nama sahaja Cambridge tetapi ia bukannya sebuah kamus.

Sebenarnya buku ini merupakan sebuah buku penting yang perlu dibawa semasa peperiksaan matematik Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sebelum diperkenalkan kalkulator ke silibus sekolah menengah.

Apakah kegunaannya?

Pelajar perlu merujuk buku ini untuk mendapatkan nilai sin, kos dan tan sebelum berjaya menyelesaikan masalah matematik.

Dalam erti kata lain mereka memerlukan kepakaran untuk mencari info-info tersebut.

Sangat berbeza dengan pelajar sekarang yang hanya perlu menekan fungsi sin, kos dan tan pada kalkulator untuk mendapatkan jawapannya.

Mudahnya pelajar sekarang! Ia pastinya satu nostalgia bagi mereka yang pernah menggunakannya.

Like page The Vocket di Facebook.