Bermula Januari tahun hadapan, setiap individu yang akan meninggalkan Jepun perlu membayar levi ‘Sayonara’ yang bernilai 1,000 Yen (RM36+-). Parlimen Jepun sudah meluluskan cukai baharu ini semalam dan cukai ini akan dikenakan kepada sesiapa yang keluar daripada Jepun dengan kapal terbang atau kapal.

Cukai baharu ini akan berkuat kuasa pada 7 Januari 2019 di mana ianya tertakluk kepada pelancong serta penduduk Jepun. Ianya salah satu cara kerajaan Jepun mengumpul dana untuk meningkatkan infrastruktur kepada pelancong serta mempromosikan destinasi pelancongan baharu yang ada di Jepun.

Parlimen Jepun turut membuat kenyataan bahawa dana daripada cukai ini akan digunakan untuk projek berkaitan pelancongan sahaja dan tidak akan digunakan untuk projek kerajaan yang lain.

japan

Jumlah pelancong yang ramai ke negara Jepun sedikit sebanyak membantu negara berkenaan untuk menjadi negara ketiga terbaik di dunia dari segi ekonomi. Levi ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana Amerika Syarikat, Australia dan Korea Selatan sudah melaksanakan cukai ini terlebih dahulu dan nilainya jauh lebih besar.

Bagaimana anda akan dicas dengan cukai Sayonara ini? Cukai ini akan dimasukkan terus ke dalam harga tiket kapal terbang semasa anda membuat pembelian tiket. Jadi anda tidak perlu risau jika poket sudah tiada wang Yen lebih ketika mahu pulang nanti.

Sumber