Setiap orang pasti pernah mempunyai masalah ruang penyimpanan baju terhad, tidak kira di rumah ataupun ketika menguruskan bekalan baju untuk melancong. Ketika menghadapi situasi ini pasti anda akan mencari cara penyelesaian di internet dan semestinya akan menemui video penyimpanan baju gaya KonMari.

Untuk pengetahuan, teknik KonMari ini telah diperkenalkan oleh seorang perunding penyusunan inventori dari Jepun, Marie Kondo. Teknik ini mula diperkenalkan pada tahun 2011 melalui penulisan buku “The Life-Changing Magic of Tidying Up” yang seterusnya berjaya diterbitkan di 30 negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau percaya teknik ni bukan sahaja membantu mengurangkan masalah ruang penyimpanan, bahkan juga mengubah persepsi meguruskan ruang penyimpanan yang menyebabkan tekanan kepada satu aktiviti yang menyeronokkan.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=102&v=A4j9Pkznay4

Hari ini, teknik ini bukan sahaja telah dikomersilkan melalui penulisan buku bahkan turut diterbitkan dalam rancangan “Tidying Up with Marie Kondo” di Netflix. Ketika menonton rancangan ini, pasti anda terasa ingin mendapatkan bantuan daripada Marie sendiri untuk mengajarkan teknik tersebut.

Berikutan dengan permintaan yang tinggi, kini Marie telah menubuhkan satu pasukan pakar perunding ruang penyimpanan untuk membantu orang ramai menguasai teknik ini dengan baik sekaligus diiktiraf dengan sijil sebagai pakar dalam bidang tersebut.

Peserta hanya perlu membayar yuran penyertaan sebanyak $2,700 (±RM11,000) dan kemudian akan dilatih untuk menguasai 7 langkah lipatan KonMari di samping 5 kategori penyusunan yang lain.

Peserta akan dibimbing oleh konsultan terbaik yang dipilih sendiri oleh Marie. Untuk menjadi salah seorang pasukan konsultan bukanlah mudah, buktinya setakat ini hanya seramai 215 konsultan terpilih sahaja dilantik dan hanya dua orang konsultan sahaja telah diiktiraf pada peringkat master iaitu Karin Socci dan Caitlin Roberts.

Setakat ini hanya seorang sahaja rakyat Malaysia telah diiktiraf sebagai konsultan iaitu Puan Shin Low dari Pualu Pinang. Mungkin anda boleh mendaftar sebagai salah seorang peserta untuk mempelajari teknik KonMari dan akan menjadi konsultan seterusnya dari Malaysia.