Apa saja filem yang berkaitan dengan bisnes memang boleh buat saya tak senang duduk dan mahu menonton segera. Bermula Khamis lalu, filem arahan Adam McKay The Big Short mula ditayangkan di Malaysia. Ia adalah filem adaptasi dari buku bukan fiksyen (2010) yang ditulis oleh bekas wartawan kewangan Michael Lewis.

The Big Short menceritakan tentang sekumpulan kecil manusia yang bertaruh terhadap malapetaka dan menang. Malapetaka tersebut ialah krisis kewangan pada 2008. Sekumpulan manusia ini terdiri daripada pelabur, pedagang dan pengurus dana yang menghidu tentang perkara buruk yang bakal berlaku dan sedar yang mereka boleh mengaut keuntungan daripada malapetaka itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kalau anda faham tentang credit-default swaps dan collateralized debt obligations (C.D.O.) anda mungkin seronok menonton The Big Short. Pergerakan filem ini agak laju dan untuk tidak rasa blur dalam wayang, anda perlu sekurang-kurangnya asas pemahaman tentang kewangan. Kalau tak ada pun tak mengapa sebab setiap situasi kewangan dalam filem ini diterangkan dengan begitu mudah dan kelakar.

Plot cerita ini bermula pada tahun 2005 apabila seorang pengurus dana Michael Burry (Christian Bale) dapat mengesan yang pasaran perumahan US tidak stabil. Meramalkan pasaran itu akan jatuh pada tahun suku kedua 2007, dia sedar yang dia boleh membuat keuntungan melalui situasi itu dengan mencipta pasaran credit swap (CDS) yang membolehkan dia bertaruh terhadap pasaran rumah. Burry membawa ideanya ke bank-bank. Menganggap pasaran rumah sangat teguh, bank-bank menerima cadangannya.

bigshort-xlarge

Dari tahun 2005 sehingga 2007, Burry terpaksa mengadap kemarahan klien-klien yang menganggapnya membuat keputusan gila iaitu berlawan dengan ekonomi US. Ada antara klien yang menyamannya, ada yang mengugut untuk mengeluarkan duit mereka. Namun seperti yang diramalkan, pasaran jatuh dan dia menjana hampir 500% keuntungan daripada rancangannya itu.

Selain Michael Burry, ada lagi tiga individu yang menghidu peluang ini. Seorang trader Jared Vennet (Ryan Gosling) mula mengikuti jejak Burry selepas terdengar tindakan Burry daripada salah seorang pegawai bank yang dia berurusan.

bigshort2-xlarge

Selepas gagal meyakinkan beberapa pihak, Vennet berjaya meyakinkan seorang lagi pengurus dana Mark Baum (Steve Carell) untuk menyertainya dengan mempergunakan CDO sebagai kenderaan keuntungan mereka.

the-big-short-brad-pitt-steve-carrell-ryan-gosling-christian-bale-book-michael-lewis-02

Individu ke-4 yang mengesan pasaran US bakal runtuh ialah pesara bank Ben Rickert (Brad Pitt). Dia bersama-sama dua orang lagi pelabur muda mengambil keputusan untuk terlibat dalam CDS selepas mereka terbaca flyer Vennet.

Bagi saya, The Big Short ialah sebuah filem komedi serius yang penuh dengan kritik terhadap sistem kewangan. Yang kaya akan terus kaya. Walaupun bersalah kerana mencipta sistem kewangan yang tidak jujur, akhirnya rakyat marhaen yang akan dipersalahkan.

Saya bagi filem ini 8/10 BIJI VOCKET.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram