Seorang doktor Korea Selatan menyatakan dalam satu siaran Facebook yang kini sudah dipadam bahawa mereka yang belum dijangkiti COVID-19 kerana tidak mempunyai rakan.

Naib Presiden Persatuan Vaksin Korea Ma Sang-hyuk menulis dalam catatan media sosial pada 16 Mac bahawa, “Orang dewasa yang belum dijangkiti COVID-19 adalah mereka yang mempunyai masalah hubungan.”

Selepas menerima tindak balas negatif daripada pengguna internet, Ma memilih untuk memadam siaran tersebut; namun, kenyataan itu telah pun di tangkap layar dan dikongsi secara meluas.

Ma sebelum ini menyokong untuk ‘hidup bersama wabak’ dan meminta orang ramai untuk fokus pada rawatan COVID-19 dan bukannya peraturan penjarakan sosial.

Doktor itu memberitahu saluran berita tempatan bahawa rujukannya kepada “masalah interpersonal” bertujuan untuk menekankan bahawa jangkitan COVID-19 tidak dapat dielakkan bagi mereka yang mempunyai hubungan.

Pada 6 Februari, Wall Street Journal melaporkan satu ciapan oleh pakar Penyakit Berjangkit Brenda Crabtree dari Mexico, yang mengeluarkan kenyataan serupa dengan Ma, “Jika anda tidak mempunyai rakan yang dijangkiti sekarang, anda tidak mempunyai kawan.”

Sweden umum pandemik berakhir, anggap COVID-19 bukan lagi ancaman. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Sweden Umum Pandemik Berakhir, Anggap COVID-19 Bukan Lagi Ancaman

Korea Utara ‘Seksa’ Pesakit COVID-19 Kelaparan Hingga Mati, Mayat Mereka Dibakar

Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi ‘Hancur’ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa