Buat vapers di luar sana, anda tidak lagi dibenarkan untuk vape di Singapura selepas ini. Kerajaan Singapura secara rasminya telah mengumumkan pengharaman bahan berunsurkan tembakau seperti rokok, shisha dan rokok elektronik (vape).

Larangan ini sudah berkuat kuasa bermula 1 Febuari 2018 yang lalu. Ianya akan menjadi sesuatu yang menyalahi undang-undang bagi sesiapa sahaja yang membeli, menggunakan dan memiliki apa sahaja produk berasaskan tembakau. Shisha dan tembakau kunyah juga tidak lagi dibenarkan di Singapura.

no vape

Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) sebelum ini hanya mengharamkan pengimportan, penjualan dan pengedaran produk tersebut tetapi kini ianya lebih menyeluruh. Polis kini boleh menangkap anda dan jika sabit kesalahan, anda boleh didenda sehingga SGD2,000 (RM5890+-)

Pindaan ini dibuat oleh Kementerian Kesihatan Singapura bagi tujuan untuk mengurangkan jumlah perokok di Singapura. Umur minima untuk perokok juga akan dinaikkan ke umur 19 tahun tahun hadapan di Singapura.

Tidak pasti jika mod anda akan dirampas atau pun tidak jika mahu masuk ke Singapura selepas ini. Jadi kalau anda tidak mahu ambil risiko, mungkin terpaksa tinggalkan mod anda di rumah sebagai langkah berjaga-jaga.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤