Pernah mendengar nama Warung Nasi Lemak Wak Kentut?

Hold on, what?!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yup, you heard it right, Warung Nasi Lemak Wak Kentut. Salah satu warung wajib pergi untuk kaki makan di luar sana. Warung yang terletak di daerah Kulai ini merupakan sebuah restoran yang menghidangkan nasi lemak kepada para pelanggannya. Tiada hidangan lain, hanya nasi lemak.

Namun, apakah faktor yang membuatkan warung ini begitu terkenal?

Selain namanya yang unik dan catchy, Warung Nasi Lemak Wak Kentut telah menggunakan teknik masakan yang lain daripada yang lain. Terutamanya dalam memasak ayam goreng yang menjadi hidangan sampingan nasi lemaknya. Warung yang diusahakan oleh Hairolnizam Safarin ini akan menggoreng hidangan ayam goreng sebanyak dua kali sebelum dihidangkan kepada para pelanggan. Teknik ini dan ditambah lagi dengan rempah ratus rahsia yang digunakan untuk perapan ayam sebelum digoreng.

Tambahan lagi, restoran yang beroperasi bermula jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam ini sentiasa dipenuhi pelanggan dan setiap yang pernah merasai Nasi Lemak Wak Kentut pasti akan memberi pandangan positif seperti berikut:


WOW! Siap ada drive-thru. Sangat memudahkan orang ramai.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai serbu Warung Nasi Lemak Wak Kentut. Maklumat lokasi boleh didapati di bawah. Siap ada koordinat lagi, boleh masukkan terus dalam GPS dan ikutlah arahan sehingga tiba ke destinasi! :)

Nama restoran: Warung Nasi Lemak Wak Kentut
Alamat: Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, Kulai, Johor.
GPS: 1.652333, 103.609871
Waktu Operasi: 5.00 petang – 12.00 tengah malam (Ahad Tutup)

Sumber: Johor Kaki