Di dalam kamus, andaian ditakrifkan sebagai satu perkara yang dianggap benar tanpa bukti.

Kita sering membuat andaian dalam kehidupan seharian kerana ia adalah perkara normal bagi manusia. Apabila kita membuat andaian tentang niat orang lain, tindakan orang lain, dan situasi orang lain, andaian boleh menjadi asas mengecilkan peluang kita untuk memahami orang lain. Ini berlaku apabila andaian yang dibuat itu lebih kepada pernyataan negatif.

Tidak salah membuat andaian tetapi biarlah andaian itu disemak sama ada betul atau salah dengan memberikan peluang kepada orang terbabit untuk memperjelaskan keadaan sebenar. Jangan ditanya mengapa atau kenapa, tetapi tanya dalam bentuk soalan yang tidak menghukum dengan penggunaan apa dan apakah.

Contoh:

  • Apa yang buat anda bertindak sedemikian?
  • Apakah yang anda faham dengan tugasan kita?
  • Apa perkembangan kajian anda?

Maka, andaian boleh dimatikan apabila berlakunya komunikasi antara pihak terbabit. Ia juga dapat menghindarkan persepsi, jangkaan dan konflik yang bertentangan dengan kebenaran lantaran dari andaian yang telah dibuat.

Andaian boleh menjadi penyakit hati dengan bersangka-sangka dan was-was terhadap orang lain. Ya, kita mesti berhati-hati dan tidak perlu menghukum sebelum mengetahui kebenaran sebenar. Namun, mengabaikan andaian akan menyebabkan anda berdukacita kerana tidak bertindak mencari kebenaran. Contoh, melihat kanak-kanak murung dan berdiam diri sedangkan sebelum ini dia ceria.

Apakah andaian anda apabila melihat kanak-kanak itu?

Ini satu kisah tentang andaian:

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤