Sekiranya anda mengikuti perkembangan nama bagi setiap versi Android bermula daripada Android Cupcake, pasti anda cukup tahu dimana jenama ini akan menggunakan nama yang diinspirasikan daripada manisan. Perkara ini nampaknya tidak berlaku pada Android Q yang dijenamakan sebagai Android 10.

Sebaliknya, Google telah mengemaskini logo Android dengan rekaan baru, dan mengumumkan bahawa Android Q akan dijenamakan semula sebagai Android 10. Android juga dilihat menukar logo terbaru yang lebih moden dan simple pada versi terbaru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Android-10-logo-1280×720

Selain itu, nama Android 10 dilihat lebih mudah diingati pengguna berbanding nama pencuci mulut yang kadangkala susah disebut dan diketahui orang ramai.

Menurut Sameer Samat selaku presiden pengurusan produk Android, nama yang diinspirasikan daripada manisan tidak akan terkubur sebaliknya bakal digunakan semula pada Android R.