Jika anda seorang pengguna Android atau mengikuti perkembangan Android, pastinya anda tahu bahawa setiap tahun Android bakal mengumumkan versi Android terbaru mengikut abjad.

Menggunakan manisan sebagai inspirasi untuk mendapat nama, Android pada hari ini mengumumkan Android N sebagai Android Nougat. Untuk pengetahuan anda, Nougat merupakan manisan yang diperbuat daripada gula, madu dan beberapa jenis kacang yang berasal daripada Italy.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

CmNf5E2WYAATmg_

Google sebelum ini telah membuka sebuah laman web bagi membolehkan pengguna mencadangkan nama yang sesuai buat Android N. Android Nuttella antara nama yang popular untuk dipilih. Malah, MKBHD menerusi laman twitter beliau turut menyatakan keyakinan beliau sempena penamaan Android terbaru.

Mungkin disebabkan Google gagal mendapatkan kerjasama dengan Syarikat Nuttella, nama tersebut tidak dapat digunakan. Android N dijangka akan diumumkan September ini dengan beberapa fungsi terbaru seperti sokongan virtual reality, multi window serta butang navigasi yang baru.

Sumber