Disaat pengguna Google Pixel bakal menikmati pengalman menggunakan Android P, pengguna Samsung Galaxy S8 nampaknya masih perlu sabar menunggu sebelum dapat merasai pengalaman menggunakan Android Oreo.

Difahamkan penangguhan Android Oreo buat model flagship mereka ini dibuat berikutan Samsung Galaxy S8 yang didapati kerap mengalami masalah reboot melalui kemaskini terbaru. Dalam pada itu, Samsung masih lagi komited dalam mengeluarkan Android Oreo buat semua pengguna Samsung Galaxy S8.

Untuk pengetahuan anda kemaskini ini sudahpun dilancarkan pada minggu lalu namun diberhentikan berikutan masalah bug. Nampaknya anda perlu menanti seketika sebelum dapat menggunakan emoji terbaru daripada Samsung.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤