Pada pertengahan tahun ini Google menjanjikan pengeluaran Android untuk smartphone berspesifikasi rendah dan pada minggu ini, Google telah mula mengedarkan kepada para pembangun dan pengeluar untuk memudahkan pembangunan peranti Android Go ini.

Program ini membolehkan jenama pengeluar smartphone mengeluarkan smartphone berasaskan Android Oreo dengan spesifikasi yang serendah 512 MB RAM. Melalui program ini, pengguna smartphone tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan kemaskini terbaru Android.

android-oreo-go-edition-840√ó473

Program ini juga menawarkan peningkatan prestasi dan storan yang dioptimasikan untuk peranti berspesfikasi rendah sekaligus memberi pengalaman Android lebih baik tanpa perlu bergantung kepada processor yang berspesifikasi tinggi.

Dengan pelancaran ini, Google berharap para pengguna khususnya di negara dunia ketiga berpeluang mendapatkan serta meningkatkan bilangan pengguna yang menggunakan Android versi terbaru. Smartphone dengan versi Android Oreo Go edition dijangkakan bakal dikeluarkan seawal awal tahun hadapan.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤