Disaat Android Oreo masih lagi bukan menjadi sistem operasi majoriti pengguna Android, Google nampaknya telah bersedia untuk menawarkan ‘teknologi terbaru’ buat Android P yang bakal tiba pada tahun ini.

Berdasarkan pelan yang diumumkan, Android P kemungkinan besar bakal menawarkan kemaskini serta sokongan buat smartphone Android yang mempunyai notch sepertimana Apple iPhone X. Ironinya langkah ini dibuat setelah notch Apple iPhone X dianggap huduh dan menjadi bahan troll oleh orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https_blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadsstorythumbnail61128e46262f0-d663-4331-b2df-bea0a4932f25 (1)

Gambar tertiris Huawei P20 Lite

Selain itu, Android P bakal dibangunkan dengan pengfokusan kepada software serta turut menyokong smartphone dengan dwi skrin dan skrin boleh lipat. Buat pengguna Google Pixel, anda berpeluang menjadi yang terawal menggunakan Android P apabila mula dikeluarkan pada bulan Mac ini menerusi versi developer preview.

Melihat kepada perjalanan smartphone, nampaknya Apple masih lagi berjaya menjadi trendsetter disebalik jumlah penjualan yang menurun serta dianggap kurang inovasi. Bagaimana pula dengan anda? Adakah smartphone yang mempunyai notch bakal menjadi pilihan anda yang seterusnya?

Sumber