Berikutan kejayaan yang dikecapi oleh filem Hantu Kak Limah, bintang ternama Hong Kong iaitu Andy Lau mengucapkan tahniah kepada tenaga kerja Hantu Kak Limah melalui Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-Lin Pillai menerusi aplikasi Whatsapp.

Menurut Gayatri Su-Lin Pillai, Andy Lau mengucapkan tahniah serta meluah rasa bangga atas kejayaan yang dicapai oleh filem Hantu Kak Limah yang berjaya merekod kutipan sebanyak RM35 juta sejak mula ditayangkan.

Gayatri dan Andy selalu berhubung antara satu sama lain kerana mereka sebagai salah seorang pengasas syarikat tersebut selalu berbincang urusan kerja bersama.

Bagi yang tidak mengenali Andy Lau, beliau merupakan pelakon, penyanyi, lirik dan penerbit di Hong Kong. Beliau telah menjadi salah satu pelakon filem paling berjaya di Hong Kong sejak pertengahan 1980-an, yang mempersembahkan lebih daripada 160 filem sambil mengekalkan kerjaya nyanyian yang berjaya pada masa yang sama. Pada tahun 1990-an, beliau dilabel oleh media sebagai salah satu daripada ‘Four Heavenly Kings of Cantopop’ dimana ianya merujuk kepada 4 bintang besar hiburan Hong Kong iaitu Andy Lau, Jacky Cheung, Aaron Kwok dan Leon Lai.

Sumber