Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Filem Angel Has Fallen sudah pun ditayangkan di seluruh Malaysia. Filem ini merupakan filem ketiga franchais Fallen selepas Olympus Has Fallen dan London Has Fallen. Bagi anda peminat filem genre aksi dan francais Fallen, filem Angel Has Fallen kali ini wajib ditonton oleh anda.

Angel Has Fallen mengisahkan ejen perisik Mike Banning (Gerard Butler) sendiri berdepan dengan ancaman. Mike Banning telah menjadi seorang pelarian kerana telah dituduh cuba membunuh presiden baharu Amerika Syarikat Allan Trumbull (Morgan Freeman) yang juga merupakan kawannya.

Maka, Mike Banning perlu mencari dalang disebalik tuduhan yang dilemparkan ke atasnya dan dia perlu membuktikan dirinya tidak bersalah.

Jangan risau kerana kami tidak akan bercerita secara menyeluruh akan filem ini untuk mengelakkan daripada merosakkan pengalaman anda menonton filem ini. Malah kami merasakan adalah lebih baik anda menonton dan merasai sendiri pengalaman menonton filem ini. Kami hanya akan bercerita tentang pengalaman kami menonton filem ini dan menyentuh beberapa aspek sahaja.

1. Plot cerita yang lebih ‘fresh’

ahf_01276_r.0
Sumber: Google

Walaupun plot cerita ini dapat diteka oleh segelintir pihak tetapi ia tampih dengan konflik yang lebih mendalam. Malah, jika dibandingkan dengan franchais sebelum ini, filem kali ini lebih baik. Bagi kami, pertemuan antara Mike dan ayahnya merupakan satu babak yang cukup mengharukan dan fresh kerana dalam filem sebelumnya tiada.

2. Padat dengan adegan aksi

Y5AKCJGEIYI6TC7XZXRNTYEQKU
Sumber: Google

Pada awal filem lagi telah disajikan dengan adegan tembak menembak. Keseluruhan filem ini padan dengan adegan aksi dan pasti akan membuat anda fokus kepada filem. Adegan paling menarik perhatian adalah adegan serangan ratusan dron yang dikawal sungguh menakjubkan.

3. Nilai bertanggungjawab

angel-has-fallen-nick-nolte-gerard-butler
Sumber: Google

Apa yang kami suka tentang filem ini adalah ia memaparkan nilai tanggungjawab dan kesetiaan. Kita dapat lihat sifat kesetiaan Banning sebagai status ejen prisik negara yang bertanggungjawab ke atas keselamatan pemimpin negara, dia tidak lupa juga peranan sebagai bapa melindungi keselamatan keluarganya.

4. Nick Nolte

Nick-Nolte-Angel-Has-Fallen
Sumber: Google

Bagi kami, penampilan Nick Nolte sebagai ayah Mike Banning cukup mencuri perhatian. Mungkin penampilan ayah Mike Banning menimbulkan sedikit konflik kepada watak Mike Banning, tetapi wataknya tetap berjaya mencuri tumpuan walaupun tidak banyak adegan. Malah, jenaka yang dibawa ketika adegan Clay Banning bersama Mike ‘just nice’ dan menghiburkan.

Angel Has Fallen akan membuatkan anda terhibur sepanjang masa dan anda pasti tidak akan bosan. Malah, anda juga tidak akan berasa rugi dan rasa ‘worthy’ dalam setiap sen yang dikeluarkan untuk menonton filem ini.

Laman kritik filem turut memberikan respon positif kepada Angel Has Fallen dan begitu juga kami. Kami berikan Angel Has Fallen ini 7.5/10 kerana adegan aksi yang dipaparkan sangat memuaskan hati. Jangan keluar dahulu dari pawagam kerana terdapat end credit di akhirnya.

Di bawah kami senaraikan trailer untuk filem yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi

Tonton Trailer Rasmi Terakhir ‘IT: Chapter Two’

Tonton Trailer Terbaharu Filem ‘Rambo: Last Blood’