Nampaknya Marvel sedang merancang sesuatu yang hebat selepas Avengers: Endgame. Dikhabarkan pelakon Angelina Jolie sedang dalam fasa rundingan dengan pihak Marvel Studios untuk membintangi filem The Eternals.

Pengarah baharu dalam dunia Hollywood, Chloe Zhao diberi kepercayaan untuk mengemudi filem ini. Jack Kirby adalah pencipta di sebalik watak-watak The Eternals dan kumpulan ini mungkin kurang dikenali ramai.

Butiran tentang filem ini masih tidak didedahkan dan watak apa yang akan dilakonkan oleh Angelina Jolie juga masih tidak diumumkan. Jika Angelina bersetuju untuk berlakon dalam The Eternals, filem ini bakal menjadi filem superhero pertama beliau.

Angelina akan muncul terlebih dahulu dalam filem Maleficent: Mistress of Evil yang akan ditayangkan di pawagam awal tahun hadapan. Siapa pula pelakon yang akan digandingkan bersama Angelina dalam The Eternals nanti?