Pada minggu lalu kisah seorang lelaki berjaya menjual Yamaha RX-Z ‘Catalyzer’ dengan menukar motosikalnya dengan sebidang tanah di Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan menjadi perbualan warganet.

Orang ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap ‘kisah luar biasa’ itu. Ramai yang beranggapan pertukaran itu merupakan ‘satu kerja gila’, bagaimanapun ada sekumpulan kecil berpendapat itulah ‘nilai’ sebuah motosikal RX-Z pada hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi mendapatkan kisah lanjut, UtusanTV menghubungi Nik Mohd Zulkifli Mohd Noor, pemilik asal yang menjual motosikal RX-Z ‘Catalyzer’ tersebut.

Dari kiri: Abang Mat dan Zulkifli | Sumber Gambar: UtusanTV

Menurut Zulkifli, dia sememangnya memiliki hobi mengumpul Yamaha RX-Z. Sehingga kini terdapat 15 buah model motosikal itu di kediamannya bagi kegunaan harian.

Pada mulanya Zulkifli menyangkakan rakannya yang dikenali sebagai ‘Abang Mat’ sekadar bergurau mahu memiliki sebuah motosikal RX-Z.

“Abang Mat cakap, Boss Lee (Zulkifli) bagi lah saya RX-Z comel-comel sebiji, awak ini jutawan RX-Z.

“Saya cakap balik yang dia itu jutawan tanah hanya sebagai gurauan. Kemudian Abang Mat kata mahu ‘swap’ tanah dengan RX-Z,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Antara koleksi RX-Z milik Zulkifli | Sumber Gambar: UtusanTV

Tambah Zulkifli lagi, Abang Mat merupakan rakan kepada isterinya sejak zaman sekolah dan telah mengenalinya lebih dari 15 tahun.

Untuk makluman, pertukaran itu melibatkan sebuah lot tanah berkeluasan 487 meter persegi dengan sebuah RX-Z bernilai kira-kira RM30,000 pada hari Rabu dengan nilai tanah sekitar RM50,000 hingga RM70,000.

“Saya siap tanya dengan Abang Mat lagi ketika di pejabat tanah sama ada dia menyesal atau tidak ‘swap’ dengan RX-Z.

“Abang Mat kata tiada ‘u-turn’ balik. Saya anggap ini rezeki anak-anak,” ujarnya.

Kawasan tanah yang diterima Zulfikli | Sumber Gambar: UtusanTV

Meskipun harga tanah mempunyai nilai lebih tinggi daripada RX-Z tersebut, mereka tetap meneruskan urusan jual beli dan lebihan nilai itu dianggap sedekah daripada Abang Mat.

Katanya, Abang Mat yang bekerja sebagai peniaga itu sememangnya dikenali ramai sebagai seorang yang suka bersedekah dan pemurah.

“Dia memang seorang yang kaya kerana memiliki banyak tanah. Alhamdulillah, sekarang ini, geran tanah pun sudah berjaya ditukar kepada nama saya,” kata Zulkifli yang menetap di Melor.

Antara dokumen pertukaran kedua-dua pihal | Sumber Gambar: UtusanTV

Walaupun ramai yang mengecam tindakan Abang Mat kerana menukarkan sebidang tanah dengan sebuah motosikal — bagi Zulkifli itu hak masing-masing.

“Mereka nak kecam itu hak dia, janji beras di dapur tidak habis, ini rezeki masing-masing,” katanya.

Terdahulu seorang pemilik RX-Z mendapat ‘durian runtuh’ apabila ada pembeli sanggup menukarkan tanahnya bagi mendapatkan motosikal tersebut.

‘Swap’ RX-Z Dengan Tanah Lot Di Kelantan, Tindakan Penjual Ini Buat Netizen Terkejut

Mahu Jual RX-Z RM20,000 Untuk Bina Surau, Lelaki Ini Mencari ‘Sahabat Saham Akhirat’

Jelajah Seluruh Negara Cari Alat Ganti, Pemuda Ini Buka Mulut Cabaran Bina Semula RX-Z RM70,000

Sumber