Sejak mula diperkenalkan, Asus ROG Phone berjaya menjadi idaman para gamers di luar sana. Penawaran spesifikasi yang tinggi, rekabentuk yang menarik ditambah pula dengan gaming mode antara yang membuatkan ramai yang menantinya.

Terbaru, berdasarkan laporan ASUS ROG Phone bakal ditawarkan di Finland dengan harga sekitar  €999 (~RM4,732). Set yang ditawarkan ini didatangkan bersama headphone yang khas daripada Asus ROG bernilai €199 (~RM942.70).

aXncohk7kujDHaUvsaKxvc-1200-80

Berdasarkan harga yang ditawarkan, Asus Malaysia yang terkenal dengan harga penawaran harga berpatutan bagi telefon pintar keluaran mereka sebelum-sebelum ini dijangka akan menawarkan ASUS ROG Phone pada tanda harga dibawah RM4,000. Harga ini tertakluk kepada model telefon sahaja tanpa aksesori tambahan.

Dari segi spesifikasi, ASUS ROG Phone berjaya menawarkan spesifikasi yang terbaik bagi sebuah telefon pintar Android yang turut disertakan dengan ciri gaming. Penggunaan processor Snapdragon 845, RAM 8 GB bakal membolehkan pengguna bermain game dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dari segi kapasiti bateri,model ini turut disertakan dengan bateri bersaiz 4000 mAh.

ASUS-ROG-Phone-10-of-39-1340×754 (1)

Features X-Mode turut disediakan khas buat model ini dimana anda boleh meminimumkan penggunaan memori dan membuang data yang tidak diperlukan serta memfokuskan kepada aplikasi berasaskan game. Ini yang gamers mahukan bukan?

Sumber