Bersempena dengan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pengecualian cukai jualan kereta pemasangan tempatan (CKD) serta yang pemasangan luar negara (CBU).

Menerusi kenyataan yang dibuat, cukai jualan bagi model CKD bakal dimansuhkan cukai jualan sebanyak 100% manakala model CBU akan menerima pemansuhan cukai jualan sebanyak 50% bermula 15 Jun sehingga 31 Disember 2020 ini.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Pengumuman yang dibuat ini sekaligus berjaya membuatkan para netizen teruja khususnya mereka yang tidak terjejas dari segi ekonomi sempena musim COVID-19. Pelan ini juga dibuat dalam usaha untuk merancakkan ekonomi automotif.

PENJANA-car-sales-tax-exemption-1-630×339

Sumber: paul tan

Di sebalik pemansuhan cukai jualan kereta yang diumumkan kenderaan, haruslah diketahui bahawa cukai kereta terdiri daripada beberapa cukai merangkumi cukai import sebanyak 30%, cukai eksais iaitu sebanyak 75% hingga 105% bergantung kepada cc kenderaan serta cukai jualan sebanyak 10%.

Dalam usaha untuk mendapatkan harga anggaran penurunan harga kereta,  laman Paul Tan tampil dengan perbandingan situasi yang berlaku dengan tax holiday seperti yang pernah dibuat pada tahun 2018.

Menerusi perbandingan yang dibuat, Perodua Myvi 1.5 Advance AT yang ditawarkan dengan RM54,090 termasuk SST pada 2018 telah ditawarkan dengan harga RM52,186.23 menerusi harga sempena tax holiday sekaligus menjimatkan pengguna sebanyak RM1,903.77 atau 3.52%.

maxresdefault (8)

Sumber: Carlist

Begitu juga dengan Honda City 1.5V yang ditawarkan dengan harga RM86,893 termasuk SST telah dijual dengan harga RM84,205. Perbezaan sekitar RM2,688 atau 3.09% antara yang bakal dijimatkan pengguna menerusi pelan terbaru kerajaan ini.

Dalam erti kata lain, pengecualian cukai kereta yang diumumkan ini bakal menurunkan harga kereta kurang daripada 10% dan bukanlah sehingga 50% yang merangkumi kesemua cukai kenderaan. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada pihak syarikat automotif serta harga baharu sempena pelan yang diumumkan pihak kerajaan.

Berita pelancaran Mercedes-AMG pada minggu ini berjaya membuatkan orang ramai teruja serta berhajat untuk memilikinya.

Mercedes-Benz Malaysia Lancarkan AMG A 45 S Edition 1 Dengan Harga RM459,888

1,275 Honda Civic Dan 197 Proton X70 Bakal Diterima PDRM Secara Berperingkat

Anda Mungkin Suka