Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Semalam, kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak pagi Khamis dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Menurut seorang jemaah yang hanya mahu dikenali sebagai Adi, agensi pelancongan telah meminta semua jemaah di bawah kendaliannya untuk datang ke KLIA pada Khamis kerana penerbangan dijangka berlepas pada pukul 4.30 petang, namun kemudiannya dimaklumkan telah ditangguh ke pukul 7 malam.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

“Semakan kami mendapati penerbangan terakhir ke Jeddah, Arab Saudi adalah pada kira-kira 6 petang tadi dan sehingga saat ini kami tidak dimaklumkan apa-apa oleh wakil agensi pelancongan,” katanya.

Menurutnya, mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya ke Jeddah pada Selasa lepas namun ditangguhkan atas alasan ada dokumen yang masih tidak lengkap.

Beliau berkata, bakal jemaah juga tidak pernah ditunjukkan tiket penerbangan dan visa untuk menunaikan haji. Ada di antara mangsa yang sanggup gadai kebun dan guna habis duit EPF untuk tunaikan haji ini. Namun harapan itu bakal terkubur.

@adibazlanofficial

Agent tipu jemaah dengan visa Furada sedangkan musim haji kali ini visa ini tidak dibenarkan#fyp #tiktokmalaysia #movenpickhotelklia #hajj2022 #1443hijriah #labbaikalhummalabbaik #haji #movenpickhotelklia

♬ bunyi asal – Adib azlan – Adib azlan

Dalam satu video yang tular di TikTok, seorang pemuda dipuji kerana menenangkan para waris lain yang marah kerana ditipu oleh wakil agensi haji yang tidak muncul tiba seperti yang dijanjikan.

“Kita sudah berada depan IPD. Berdasarkan maklumat daripada pegawai, saya minta wakil daripada setiap keluarga untuk buat report (laporan). Tempoh yang kita berikan kepada wakil agensi sudah habis. Saya minta wakil untuk pergi buat laporan dan jika polis tahan, kata ini hak saya untuk buat laporan juga,” terangnya.

“Saya minta salinan laporan itu juga dikumpulkan kepada saya. Saya dapat tahu ejen yang menipu. Tetapi saya tidak boleh sahkan sama ada betul mereka mahu lari daripada masalah atau pun tidak. Ini hak tuan-tuan. Hak tuan-tuan telah diambil.

Sekurang-kurangnya kita nak dapatkan refund dan pasport. Saya kira anggaran 360 jemaah didarab dengan RM60,000 bersamaan RM21 juta telah habis,” tambahnya lagi.

Netizen berkata ketika suasana tegang seperti ini, perlu ada seorang yang seperti ini yang memberi arahan supaya urusan dapat berjalan dengan lebih tersusun.

Tabung Haji (TH) sebelum ini telah mengeluarkan amaran supaya tidak terpedaya dengan agensi yang menjanjikan visa furada. TH menasihatkan orang ramai menggunakan khidmat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berlesen dengan TH supaya perkara tidak diingini dapat dielakkan.

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi tanpa melibatkan jumlah kuota yang diperoleh TH. Difahamkan Arab Saudi masih tidak mengeluarkan visa furada kepada jemaah haji sejak 2019 dan diharap semua lebih berhati-hati dengan ‘janji-janji’ agensi yang menawarkan pakej haji.

Netizen juga mahu pelaku dikenakan tindakan keras kerana mengecewakan ramai bakal jemaah haji dengan tawaran palsu. Baca lagi pautan di bawah.

Hampir 400 Mangsa ‘Scam’ Tunai Haji, Netizen Luah Rasa Simpati Dan Mahu Pelaku Ditangkap

Oh, Inilah Bagaimana Rupanya Perbezaan Pakej Haji Premium Dan VIP