Sebagai anggota bomba, mereka bukan sahaja perlu mengawal api yang sedang marak membakar sesuatu benda. Pada masa yang sama, mereka juga perlu mengawal keadaan sekeliling lebih-lebih lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan

Terbaharu, tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan anggota bomba telah diserang penduduk tempatan semasa cuba memadamkan api marak di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak.

Video yang berdurasi sekitar satu minit itu menunjukkan ada seorang lelaki mengamuk lalu bertindak membaling objek semasa seorang anggota bomba sedang memadamkan api yang sedang marak pada sebuah rumah setingkat.

Beberapa saat kemudian, seorang lagi anggota bomba yang cuba membantu untuk memadamkan api telah ditumbuk dari belakang sehingga terjatuh oleh penduduk tempatan yang lain.

Anggota bomba yang sedang memadamkan kebakaran segera menghalakan hos bomba kepada penduduk tempatan bagi menyelamatkan ahli pasukan yang diserang, serta untuk menyuraikan insiden pergaduhan dari menjadi lebih teruk.

Memetik laporan Astro Awani, anggota bomba tersebut diserang ekoran didakwa lewat tiba ke tempat kejadian bagi menyelamatkan rumah yang terbakar.

Ekoran serangan tersebut, anggota bomba yang cedera ringan telah membuat laporan polis pada hari yang sama. Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii yang mengesahkan kejadian berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden dalam masa terdekat.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat Lawas telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden kebakaran rumah kediaman. Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota kemudian bergegas ke lokasi yang terletak enam kilometer dari balai.

Kebakaran tersebut telah menyebabkan rumah setingkat berkeluasan 55×120 kaki telah musnah terbakar 100%, serta melibatkan dua buah kenderaan iaitu Perodua Alza dan Toyota Hilux. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, anggota polis di Sabah telah dipuji orang ramai kerana masih bersikap profesional walaupun diprovokasi oleh seorang wanita.

Cemerlang Elak Provokasi Pemandu Wanita Di Sabah, Sikap Profesional Polis Trafik Ini Dipuji Netizen

Jiran Kena Dera Dengan Suami, Tindakan Gadis Ini Lapor Polis Terima Pujian Netizen