Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah menahan seorang anggota polis pada jam 12.30 pagi semalam kerana disyaki memandu secara merbahaya dan berada di bawah pengaruh alkohol.

Dalam satu rakaman video yang tular di media sosial berdurasi satu minit 36 saat membabitkan Perodua Axia dipandu secara melawan arus dengan lampu isyarat kecemasan dibuka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay kepada Harian Metro selepas menerima laporan mengenai Perodua Axia yang dipandu secara melawan arus di Jalan Lingkaran Dalam.

Melalu hasil siasatan, JSPT berjaya mengesan dan menahan lelaki berusia 25 tahun yang dipercayai adalah anggota polis trafik Johor Bahru Selatan (JBS) di sebuah stesen minyak di Jalan Lingkaran Dalam.

Ayob Khan berkata bahawa lelaki terbabit tidak bertugas semasa kejadian selain memandu kenderaan persendirian. Dia juga menambah bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pegawai yang melanggar undang-undang.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 45A APJ 1987.

Terdahulu, pemandu mabuk seret motosikal sejauh 2KM. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pemandu Mabuk Seret Motosikal Sejauh 2KM Dan Tunjuk ‘Thumbs Up’ Undang Kecaman Netizen

Orang Ramai Mengamuk, Pemandu Mabuk Berusia 18 Tahun Dipukul Selepas Rempuh Kereta

Tidak Mabuk, Pemandu Volvo Rupanya Positif Dadah