Cogan kata ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ amat sesuai digunakan kepada seorang anggota polis wanita di atas tindakannya membantu seorang wanita warga Indonesia dalam melahirkan anak di dalam teksi pada isnin lalu.

Kejadian berlaku pada jam 3.40 petang, ketika Lans Koperal N. Komathi, 27 yang ketika itu sedang bertugas di Pondok Polis Terminal Bersepadu Selatan (TBS), didatangi oleh seorang wanita dari negara seberang yang sarat mengandung memaklumkan mahu bersalin.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

#jomshareTahniah kepada L/kpl komathy dari Balai Polis Salak Selatan Baru kerana menjadi bidan kecemasan hari ni.Kalau…

Posted by Cheras Story on Monday, 7 October 2019

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, melihat keadaan wanita tersebut, anggota berkenaan bertindak pantas membawa wanita tersebut menaiki teksi menuju ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang jaraknya 8 kilometer dari tempat kejadian.

Tambah beliau lagi, ketika dalam perjalanan ke hospital, wanita berkenaan menunjukkan tanda-tanda ingin bersalin dan Komathi yang berada bersama wanita tersebut memainkan peranan sebagai ‘bidan’ ketika menyambut kelahiran bayi tersebut. Dengan bantuan Komathi wanita tersebut selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.7 kilogram di dalam teksi itu.

Sejurus tiba di unit kecemasan, wanita dan bayi itu kemudian diberikan rawatan lanjut oleh kakitangan hospital berkenaan ujar Ketua Polis Daerah Cheras tersebut.

Tindakan Lans Koperal N. Komathi tersebut mendapat pujian daripada pelbagai pihak termasuklah daripada Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah sendiri di laman Twitter milik baginda.

Sebelum ini, seorang bayi di Indonesia telah dinamakan sebagai ‘Google’ atas sebab-sebab tertentu. Ketahuinya dengan klik pautan di bawah.

Seorang Bayi Di Indonesia Dinamakan Sebagai ‘Google’

Kerusi Keselamatan Bayi Wajib Dipasang Mulai 2020

33 Tip Dan Persediaan Tunaikan Umrah Dengan Bayi

Anda Mungkin Suka