Sesiapa yang mempunyai telefon bimbit semestinya tak pernah lari daripada panggilan yang tidak diingini atau dalam kata mudah panggilan dan mesej yang berbentuk spam.

Dalam satu kajian yang dilakukan The Star pada tahun lalu, sehingga Jun 2018. Lebih 57 kes panggilan dan mesej palsu yang direkodkan oleh CyberSecurity Malaysia (CSM) dan mereka percaya bahawa nombor yang dicatatkan adalah lebih besar daripada itu melibatkan kes yang tidak dilaporkan kepada CSM.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia adalah satu trend yang membimbangkan apabila terdapat beberapa individu yang dilaporkan telah ditipu ribuan ringgit akibat terpedaya daripada dengan panggilan atau mesej tersebut.

spam_calls_MY_1_04122019

Terbaharu, Truecaller – sebuah aplikasi mudah alih yang membantu menghalang panggilan tidak diingini – telah mengeluarkan satu data menarik mengenai situasi ini di Malaysia.

Melalui data mereka, peningkatan jumlah panggilan dan mesej palsu meningkat sebanyak 24% pada tahun ini dan Malaysia berada di kedudukan ke 19 dunia sebagai negara yang terjejas dengan isu panggilan dan mesej palsu.

Manakala lebih 90 juta panggilan palsu diterima setakat tahun ini sahaja. Pada tahun 2018, purata pengguna menerima 6.7 panggilan palsu sebulan manakala pada tahun 2019, purata jumlah panggilan palsu diterima ialah 8.3.

spam_calls_MY_2_04122019

Bagi peratusan pula, Malaysia mencatatkan 63% panggilan palsu yang dikategorikan sebagai penipuan. Antara panggilan yang selalu diterima oleh rakyat Malaysia adalah panggilan mengutip hutang dan scam mengenai Astro atau pelaburan di Macau.

Terdapat juga penipuan yang melibatkan penghantaran paket di mana mereka akan meminta mangsa untuk membayar wang yang lebih jika mahu mendapatkan barangan terbabit.

Data di peringkat global

Brazil mencatatkan angka tertinggi dengan purata 45.6 panggilan palsu setiap bulan dengan Peru di tempat kedua dan negara jiran, Indonesia memegang tempat ketiga dengan 27.9 panggilan palsu sebulan.

Dari segi SMS, Malaysia berada di kedudukan ke-15 dengan purata pengguna menerima 24 SMS palsu setiap bulan.

spam_calls_MY_3_04122019

Negara terburuk adalah Ethiopia yang mempunyai purata 119 mesej palsu diterima setiap bulan.

Pada tahun 2019, Truecaller telah membantu pengguna menyekat dan mengenal pasti 26 bilion panggilan palsu di seluruh dunia dan ini merupakan peningkatan 18 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Mereka juga membantu pengguna mengenal pasti 116 bilion panggilan yang tidak diketahui, iaitu peningkatan 56 peratus berbanding tahun lepas.

Sebelum ini 23 November lalu, Jabatan Imigresen telah melakukan serbuan besar-besaran ke atas premis yang dipercayai melakukan aktiviti scammer. Klik pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

Lelaki Ini Dedah Keadaan Markas ‘Scammer’ Di Cyberjaya Yang Busuk Dan Tidak Selesa

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Tipu Pembeli Menerusi Iklan Di Facebook

Sumber