Kita sedia maklum Google baru sahaja memperkenalkan kecerdasan buatan mereka yang dikenal sebagai Bard. Malangnya, saham syarikat induknya Alphabet.inc menjunam 7% pada Rabu lalu yang membawa kerugian $100 bilion (~RM432.5 bilion).

Hal ini berlaku susulan acaran yang diadakan untuk mempromosikan chatbot kecerdasan buatan baharunya yang dipanggil sebagai Bard di mana gagal menarik minat pelabur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambarr: YouTube

Difahamkan semasa acara hari Rabu lalu, eksekutif Google menjelaskan beberapa keupayaan Bard yang memperlihatkan bagaimana boleh boleh digunakan untuk menjawab pertanyaan.

Namun begitu, syarikat itu tersilap langkah selepas iklan yang direka untuk mempamerkan bot AI baharunya melakukan kesilapan dalam menjawab pertanyaan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun.

Bard ditanyakan tentang penemuan dari Teleskop Angkasa James Webb. Susulan itu, ia menawarkan maklum balas bahawa teleskop itu adalah yang pertama mengambil gambar planet di luar sistem suria bumi.

Namun hakikat sebenarnya, peristiwa penting itu telah dirakam oleh Teleskop Sangat Besar (VLT) Eropah pada tahun 2004. Perkara ini sekaligus menarik perhatian banyak pihak terutamanya para ilmiah dan secara tidak langsung para pelabur juga.

Kesilapan ini telah mencetuskan perbincangan oleh ahli astoronomi di Twitter yang mempersoalkan kenapa Google tidak menyemak fakta contoh tersebut sebelum mengongsikannya. Selain itu, pelabur juga tidak tertarik dengan pembentangan yang diberikan syarikat kerana mereka mengharapkan sesuatu yang lebih daripada itu.

Google berada di bawah tekanan sejak akhir tahun lalu, apabila OpenAi yang disokong Microsoft melancarkan perisian ChatGPT baharu. Microsoft sebelum ini mengumumkan bahawa Bing versi baharunya akan menggunakan teknologi ChatGPT dalam bentuk yang lebih maju.

Sumber