Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di sebuah restoran sekitar Taman Ehsan Saja, Pandamaran Klang dan kejadian tersebut dipercayai dirakam oleh pelanggan restoran tersebut.

Menerusi video itu, dapat dilihat sekumpulan lelaki bertindak menarik seorang wanita keluar dari restoran selepas menimbulkan kekecohan dan pergaduhan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1529414141924212736

Difahamkan, punca pergaduhan itu disebabkan perebutan teman wanita dan mereka dilihat menggunakan batang besi besbol sebagai senjata untuk mempertahankan diri.

Perkongsian video tersebut telah raih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan kejadian yang berlaku itu. Malah, para netizen juga berasa kasihan kepada pemilik kedai kerana pergaduhan tersebut menyebabkan kerosakan barangan.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata bahawa pihaknya telah menahan kesemua lapan suspek yang berusia di antara 14 hingga 21 tahun dan merampas beberapa telefon bimbit, pakaian, sebuah motosikal dan juga dua batang besi besbol.

Malah, kesemua lapan suspek akan direman di antara tiga hingga enam hari bagi menjalani siasatan berikutan kejadian tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Selesa Macam Naik Kapal Terbang’ – Netizen Terpegun Dengan Fasiliti Bas Ekspres ‘Kayangan’ Ini

‘Dapat Lihat Dari Jauh’ – Penduduk Di Kelantan Jadi Saksi Tak Bai Digegarkan Dengan Letupan Bom Dan Tembakan

Berpunca Daripada Bebanan Hutang, Lebih 280,000 Rakyat Malaysia Disahkan Bankrap Setakat Mac 2022