Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Umum tahu, sejak COVID-19 mulai menyerang dunia, wabak ini bukan sahaja memberi ancaman kepada kesihatan orang ramai malah turut membuatkan ekonomi sejumlah besar individu tenat. Hal ini berikutan orang ramai yang kehilangan kerja serta tidak mampu berniaga berikutan sekatan yang dibuat.

Di sebalik kehadiran pandemik yang melanda, siapa sangka servis pinjaman wang atau lebih dikenali dengan servis ah long antara yang mejadi pilihan dan mendapat sambutan hangat.

FB_IMG_1555492159227

Sumber: penang kini

MATA WANG MALAYSIA JATUH

KUALA LUMPUR 12 AUGUST 2015. (GAMBAR FAIL) Pengurup wang berlesen mengira mata wang ringgit disebabkana nilai mata wang Malaysia jatuh kepada RM 4.02 berbanding sedolar Amerika Syarikat setakat hari ini. NSTP/ Zulfadhli Zulkifli.

Berdasarkan temu ramah Sinar Harian kepada salah seorang penawar servis pinjaman wang di Shah Alam, beliau memaklumkan pihak mereka kini telah menerima seramai 40 pelanggan sehari yang terdiri daripada peniaga-peniaga kecil sejak pandemik COVID-19 menyerang.

Lebih mengejutkan, beliau memaklumkan pihak mereka kini sudah mempunyai lebih 5,000 pelanggan.

Difahamkan, penawaran pinjaman wang sepantas satu jam antara yang membuatkan pihak mereka menjadi pilihan peminjam. Peminjam pula hanya perlu berikan gambar kad pengenalan beserta nama dan alamat bagi tujuan permohonan.

Selain itu, pihak peminjam wang ini turut menawarkan beberapa pakej pinjaman kepada pelanggan dengan menawarkan pinjaman berkadar faedah rendah namun perlu mencagarkan harta seperti rumah, tanah dan kereta.

 

Jika peminjam tidak mahu mencagarkan harta, servis peminjam wang ini turut menawarkan faedah yang rendah buat peminjam yang melangsaikan hutang dengan pantas.

Servis peminjam ini turut mendakwa pihak mereka cuma mengenakan kadar faedah yang rendah iaitu cuma lima peratus setahun. Mungkin beberapa faktor ini yang membuatkan servis peminjam wang atau ah long menjadi pilihan golongan yang terdesak.

Tular pada minggu lalu apabila seorang remaja berusia 18 tahun yang memiliki kereta BMW dikatakan memperoleh wang menerusi servis mengedar dadah.

Miliki Kereta BMW Pada Usia 18 Tahun, Rupanya Beli Guna Wang Edar Dadah

Marahkan Pengurusan, Pekerja J&T Mogok Dengan Membaling Barang Pelanggan

Anda Mungkin Suka