Umum tahu, sejak wabak COVID-19 melanda negara, wabak ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan orang ramai malah turut membuatkan ekonomi semakin tenat.

Menerusi laporan pada suku ketiga 2020, dilaporkan harga rumah merentasi semua empat pasaran utama termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor mulai mencatat penurunan harga berikutan permintaan yang rendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

rumah-teres-johor

Difahamkan kehadiran wabak COVID-19 serta perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terbaharu berikutan peningkatan kes di kebanyakan negeri antara yang menghalang aktiviti melibatkan pembelian hartanah.

Berdasarkan statistik, Johor mencatat penurunan harga rumah paling tinggi pada suku ketiga dengan penurunan sebanyak 2.97%. Lebih mengejutkan, dilaporkan Johor turut menjadi muncul sebagai negeri dengan rumah tidak terjual tertinggi dengan 6,166 unit.

rsz_dsc_4536-layangkasa-1200×801

Meskipun kajian menunjukkan 81% rakyat Malaysia mempunyai hasrat untuk memiliki kediaman sendiri pada tahun 2021, kesan pandemik COVID-19 kepada ekonomi orang ramai antara yang membuatkan cita-cita untuk memiliki rumah terbantut.

Ikuti perkongsian pengalaman lelaki ini yang rugi sehingga enam angka menerusi pembelian hartanah yang dibuat.

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Peribadi Rugi 6 Angka Beli Hartanah

3 Jenis Hartanah Di Malaysia Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli Rumah

9 Selebriti Terkenal Korea Yang Miliki Aset Hartanah Bernilai Sehingga RM298 Juta