Kehadiran wabak COVID-19 nampaknya bukan sahaja menjejaskan kesihatan orang ramai namun telah turut menggugat sejumlah besar industri seluruh negara. Industri automotif juga antara tidak terlepas daripada terkesan dengan pandemik COVID-19 apabila Malaysia mencatatkan jumlah penjualan yang sangat rendah pada bulan April.

Berdasarkan sumber daripada Nikkei Asia, dilaporkan cuma 141 unit kenderaan berjaya dijual sepanjang bulan April. Jumlah penjualan ini nyata mengejutkan orang ramai dengan penurunan sebanyak 99.7%.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
2017 Perodua Myvi 1.5 GearUp Launched in Malaysia
Sumber: autobuzz

Jumlah penjualan kereta yang sebelum ini sekitar 600,000 unit setahun dianggarkan bakal menurun kepada 400,000 unit pada tahun ini. Ramalan ini dikuatkan lagi menerusi jumlah penjualan kereta sepanjagn empat bulan pertama tahun ini dengan jumlah sekitar 106,600 unit sahaja.

Penurunan angka penjualan yang tinggi ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada syarikat serta para pekerja kenderaan sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung dimana orang ramai tidak bergerak dengan aktif sekaligus memilih untuk tidak mendapatkan kenderaan baharu.

3 Quality check on car body structure
Sumber: proton

Dalam pada itu, diharap industri penjualan kereta dapat kembali rancak semula menerusi setelah pihak kerajaan memperkenalkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek dimana cukai jualan bagi kereta pemasangan tempatan (CKD) dimansuhkan 100%.

Ketahui lebih lanjut anggaran harga kereta setelah pihak kerajaan memansuhkan cukai jualan sebanyak 100%. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Ini Anggaran Harga Kereta Selepas Kerajaan Mansuhkan Cukai Jualan Kereta 100%

Mercedes-Benz Malaysia Lancarkan AMG A 45 S Edition 1 Dengan Harga RM459,888