Seperti sedia maklum, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, merupakan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan kini telah menempatkan hampir ribuan pesakit yang dijangkiti COVID-19.

Walaupun pesakit-pesakit ini diberikan ujian terjangkiti virus berbahaya ini, namun ada antara mereka yang masih berniat jahat dan melakukan kegiatan jenayah meskipun berada dalam suasana yang sepatutnya memberikan keinsafan kepada mereka.

Terbaharu, tularnya sebuah perkongsian video milik pengguna @ayiekefli di aplikasi TikTok yang memaparkan penangkapan dua orang pesakit COVID-19 juga suspek yang dipercayai menjadi dalang bagi kes kecurian telefon bimbit milik pesakit lain di MAEPS.

https://twitter.com/hazrilazharudin/status/1359657992635830275?s=20

Pengguna TikTok berkenaan juga telah merakamkan situasi tegang yang berlaku di saat suspek di soal siasat oleh pihak polis yang berjaya menangkap mereka di pusat kuarantin berkenaan.

Malah, kehilangan telefon bimbit ini juga menjadi punca masalah yang besar sekiranya ada makluman penting yang ingin pesakit sampaikan kepada ahli keluarga terdekat.

“Dalam kejadian itu, difahamkan berlaku kekecohan apabila beberapa pesakit lain berjaya menahan kedua-dua suspek, masing-masing berusia 24 tahun dan 40-an yang disyaki terbabit dalam kes kecurian telefon bimbit di situ.

“Berdasarkan bukti kukuh, suspek berkenaan juga disabit kesalahan mencuri sebaik sahaja pegawai perubatan bertugas menjumpai empat unit telefon bimbit dipercayai hasil curi,” kata Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoof ketika dihubungi wartawan Berita Harian.

Wan Kamarul Azran juga menambah bahawa suspek berusia 40-an berkenaan khabarnya akan mengakhiri tempoh kuarantin di MAEPS hari ini manakala suspek berusia 24 tahun pula akan dibebaskan esok.

Kini difahamkan kedua-dua suspek ditahan oleh pihak polis bagi menjalani sesi soal siasat lebih lanjut.

Lantaran itu, rata-rata penghuni sementara di MAEPS bersorak terima kasih dan menzahirkan rasa syukur atas tindakan cekap yang dilakukan oleh pihak polis.

Baca lagi perkongsian daripada kami yang ‘trending’ menerusi klik pada pautan di bawah.

Dikompaun RM1,000 Sewaktu COD, Lelaki Ini Jelaskan Isu Surat Saman Yang Sedang Tular

Warga Asing Menetap Di Malaysia Bakal Terima Vaksin COVID-19 Secara Percuma

Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Rakyat Malaysia Berpakat Belanja ‘Frontliner’ Makan