Kecoh baru-baru ini di beberapa buah negara Islam serta India selepas pegawai parti pemerintah India, Nupur Sharma membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW. Kenyataan yang dibuat telah membuatkan negara-negara lain mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan.
Terbaharu, negara Arab seperti Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain dilaporkan telah menghalang produk dari India daripada dijual di pasar raya negara berkenaan. Langkah tersebut sebagai tindakan boikot terhadap produk negara berkenaan.

Kekecohan yang berlaku melibatkan negara lain turut mendesak parti pemerintah India, BJP yang sering dituduh bertindak ke atas golongan minoriti Muslim di India menggantung Sharma kerana memberi pandangan bertentangan pendirian parti.
Universiti Al-Azhar pula menyifatkan kenyataan itu sebagai keganasan sebenar dan mampu menjerumuskan seluruh dunia ke dalam krisis serta peperangan yang membawa maut.
Boycott to the Indian product.
Stop the trade with the India.
Boycott Indian Movies and songs.
Kick our Indian ambassador. #من_سب_نبیا_فاقتلوہ pic.twitter.com/Gcdajqi9GU— Mian Haseeb (@hmm1095) June 7, 2022
Sementara itu, di media sosial orang ramai yang menolak kenyataan pegawai pemerintah parti dari India ini turut berkongsi senarai dan servis yang berkait dengan negara berkenaan. Diharapkan isu ini tidak lagi berlarutan kerana mampu menyebabkan kekecohan yang serius dan peperangan sekiranya tidak dibendung.
Wanita Amerika ini menyangkal dakwaan Malaysia merupakan negara kelas ketiga selepas kagum dengan kemewahan Pavilion KL.
Sangkal Malaysia Negara Kelas Ketiga, Wanita Amerika Ini Kagum Dengan Kemewahan Pavilion KL
Rakyat Malaysia Persoal Kos Selenggara Istana Negara RM519 Juta
- SUMBER
- Berita Harian