Seperti ramai sedia maklum, keadaan kesesakan lalu lintas khususnya di sekitar Lembah Klang dilihat semakin serius akhir-akhir ini. Kebanjiran kereta di atas jalan raya sekaligus membuatkan hampir semua lebuh raya di Lembah Klang sesak.

Isu yang berlaku sekaligus turut mendapat perhatian pihak kerajaan dan juga pakar. Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ts Dr Ismaniza Ismail berkata, setiap hari pekerja yang berulang alik ke tempat kerja terpaksa ‘meluangkan’ masa kira-kira sejam atau dua jam di dalam kenderaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: motoqar

Hal ini secara tidak langsung turut membuatkan pekerja di Lembah Klang terpaksa memperuntukkan sekurang-kurangnya 44 jam sebulan di dalam kenderaan berikutan kesesakan jalan raya.

Jumlah yang diluangkan dalam kenderaan difahamkan bukan sahaja membuatkan para pekerja terpaksa berbelanja lebih dalam menampung kos minyak yang diperlukan, malah beberapa kos lain seperti kesihatan badan menerusi tempat duduk yang diduduk dalam tempoh yang panjang beserta mental pekerja.

Selain itu, produktiviti pekerja juga dilaporkan bakal berkurangan berikutan keletihan berada dalam kesesakan lalu lintas dalam tempoh yang panjang. Sebaliknya, sekiranya keadaan kesesakan lalu lintas tidak berlaku dengan kerap, masa yang diluangkan dapat digunakan untuk perkara-perkara yang produktif.

Mengulas mengenai langkah untuk memastikan perkara ini tidak berterusan, pensyarah ini mencadangkan agar kualiti perkhidmatan pengangkutan awam dipertingkatkan sekaligus mengurangkan jumlah pengguna yang menggunakan kenderaan sendiri.

Diharap isu ini dapat meraih solusi yang terbaik yang membolehkan kesesakan lalu lintas dalam negara khususnya di ibu kota dapat dikurangkan dalam memastikan trend ini tidak berterusan.

Tular pada minggu ini apabila 60% CEO menjangkakan krisis ekonomi dijangka berlaku seawal tahun hadapan.

60% CEO Jangka Akan Berlaku Krisis Ekonomi Tahun Hadapan, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sangkakan Parkir Kosong, Mat Salleh Ini Kongsi Pengalaman Terkena ‘Prank’ Dengan Kereta Kancil

Sumber