Sebelum ini, nama Zul Ariffin jadi bualan netizen apabila dia memuat naik klip video yang memaparkan adegan panas dalam drama yang dilakonkannya. Semalam, Zul Ariffin juga telah meminta maaf kepada umum selepas dikecam hebat.

Lantaran itu, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengatakan bahawa Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) susulan tindakan memuat naik klip video ‘panas’ di laman sosial baru-baru ini.

Menurutnya, pelakon itu akan dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan lanjut sebelum tindakan undang-undang diambil. Zul Ariffin akan disiasat kerana hantaran YouTube yang menyalahi undang-undang.

Tambahnya, adegan lakonan seperti yang dikongsi pelakon itu tidak akan dibenar tayang sama ada bulan Ramadan atau bulan lain. Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga menentang keras penyiaran drama yang dikaitkan dengan penyiaran video itu yang bakal ditayangkan Ramadan ini.

Bagi anda yang terlepas kontroversi ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Cetus Kontroversi Papar Adegan Lucah, Drama ‘Perempuan Itu’ Mungkin Tidak Dibenarkan Tayang

Aksi Panas Dikongsi Zul Ariffin Undang Rasa Tidak Senang Netizen