Sering kali kita membaca keganasan rumah tangga berlaku disebabkan pengaruh dadah, masalah mental daripada pasangan dan sebagainya. Dalam pada itu, siapa sangka kelewatan dalam menyiapkan juadah makanan juga mampu mendorong kepada keganasan.

Itulah yang terjadi baru-baru ini di Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang apabila seorang suami berusia 67 tahun dilaporkan telah menampar pipi isterinya gara-gara lambat memasak rendang ayam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
doc7crhh1448ig1dnrrxcmz
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. Sumber: The Star

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, siasatan awal melaporkan pertengkaran yang berlaku disebabkan kelewatan menyiapkan juadah rendang ayam diteruskan hingga ke bilik tidur.

Lebih parah, si suami selaku suspek telah bertindak untuk duduk di atas badan isterinya sebelum meludah muka mangsa. Suspek juga dikatakan telah mencekik mangsa walau bagaimanapun pihak mangsa berjaya melawannya sehingga kedua-duanya jatuh daripada katil. Insiden berkenaan telah membuatkan mangsa mengalami sakit pada bahagian badan serta lebam pada dagu sebelah kanan.

Difahamkan si suami turut menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing serta memerlukan suntikan insulin sebanyak empat kali sehari. Pasangan ini turut tinggal bersama ibu suspek berusia 86 tahun yang sedang lumpuh.

Kes serius ini turut menjadi perhatian pihak polis dan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Tular pada minggu lalu apabila seorang rider makanan bakal memperoleh bonus sebanyak RM56,870 selepas berjaya lengkapkan 21,500 pesanan.

Berjaya Lengkapkan 21,500 Pesanan, ‘Rider’ Makanan Ini Bakal Terima Bonus Sebanyak RM56,870

Dipaksa Lengkapkan Tuntutan Kerja Ketika Kecemasan, Netizen Bengang Dengan ‘Keprihatinan’ Majikan Ini

Sumber