Sebentar tadi baru sahaja berlangsungnya acara keirin dalam perlumbaan heat kedua di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Acara yang dipertandingkan oleh pelumba basikal negara iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom telah membuatkan seluruh rakyat tempatan memberi sokongan penuh terhadap pelumba ini.

Dalam pada itu, acara yang disangka bakal memberi saingan sengit ini telah membuatkan para netizen berang setelah atlet Britain, Jack Carlin telah melanggar Shah Firdaus sehingga terjatuh sekaligus terpaksa bertanding sekali lagi dalam peringkat repechage untuk layak ke peringkat suku akhir.

Tindakan yang dibuat Jack Carlin sebentar tadi nampaknya sudah mulai membuatkan para netizen kurang senang sekaligus melancarkan ‘serangan’ ke laman Instagram beliau. Berikut antara komen daripada netizen tempatan yang menghujani ruangan komen Instagram Jack Carlin.

photo6084458471077555701_censored

Sumber: instagram jackcarlin97

Isu yang berlaku jelas menunjukkan kepantasan netizen tempatan dalam menyuarakan rasa tidak puas hati sekiranya berlaku sesuatu isu. Sebelum ini, warga Israel turut menerima ‘serangan’ daripada netizen tempatan selepas memperlekeh negara Malaysia.

Sementara itu, terdapat pengguna media sosial yang menyarankan agar para netizen untuk tidak menjalankan buli siber terhadap atlet berkenaan memandangkan sukan ini sememangnya terdedah kepada pelanggaran dan bukannya sengaja untuk menjalankan taktik kotor dalam menjatuhkan peserta lain.

Sama-sama kita memberi sokongan penuh kepada dua atlet pelumba basikal negara iaitu Shah Firdaus dan Azizulhasni Awang dalam usaha membawa pulang pingat buat negara.

Ketahui lebih lanjut mengenai tindakan warga Israel ini yang memerli kedudukan Malaysia dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan klik pautan di bawah.

‘Where Is Malaysia?’- Warga Israel Ini ‘Perli’ Kedudukan Malaysia Dalam Sukan Olimpik 2020

Juara Penuh Gaya, Atlet Ini Kongsi Pingat Emas Sambil Memakai Jam Tangan Bernilai RM1.46 Juta

Beli Baju RM1,500 ‘Dapat’ Jagung Buruk, Lelaki Ini Luah Kekecewaan Terhadap Pekerja Servis Kurier

Anda Mungkin Suka