Seperti yang ramai sedia maklum, Malaysia sehingga kini masih lagi diserang dengan wabak COVID-19 yang secara tidak langsung merencatkan keadaan dalam pelbagai aspek.

Sebuah perkara yang paling membimbangkan adalah jumlah individu yang hilang tempat mencari rezeki. Menurut laporan terbaru, seramai 140,608 individu dilaporkan telah hilang pekerjaan. Data yang diperoleh ini diambil dari Mac 2020 sehingga 20 Ogos lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan. Sumber: The Star

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan memaklumkan data tersebut adalah berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pihak kerajaan turut memaklumkan sedia menyalurkan bantuan buat mereka yang terkesan dalam meneruskan kehidupan. Selain itu, pelbagai lagi bantuan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) meliputi faedah berbentuk kewangan dan bantuan pencarian pekerjaan antara yang sedia ditawarkan.

Sementara itu, dilaporkan seramai 203,102 individu berjaya memperoleh pekerjaan menerusi MYFutureJobs bermula 1 Januari 2021 sehingga Ogos 2021. Jumlah individu yang mendaftar pada platform ini juga turut menjangkau melebihi 1 juta pendaftaran.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini mendedahkan realiti sebenar Langkawi yang tidak lagi semeriah dahulu sejak dibuka kembali.

Tidak Semeriah Dulu, Wanita Ini Kongsi Realiti Sebenar Langkawi Selepas Dibuka Kembali

Sering Tayang Harta Dan Bermewah Di Dubai, Hartawan Ini Kembali Alami Masalah Kewangan Semula

Sumber