Walaupun kerap kali tertangkap dan berjaya dikesan pihak berkuasa namun sindiket penipuan dalam talian di negara kita nampaknya masih belum terhenti. Semalam, seorang pekebun di Maran, Pahang terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM27,800 selepas ditipu oleh seorang wanita yang menyamar sebagai saudara kepada isterinya, lapor Harian Metro.

Difahamkan, mangsa yang berusia 45 tahun itu mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita yang mengaku sebagai saudara kepada isterinya pada sekitar jam 10.14 pagi semalam. Dalam perbualan itu, wanita berkenaan (suspek) memberitahu mahu meminjam wang dan akan memulangkan semula pada sebelah petang hari yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Tanpa berfikir panjang, mangsa terus mempercayai suspek lalu segera memindahkan wang ke dalam akaun seperti yang diarahkan. Jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM27,800.” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supritendan Mohd Wazir Mohd Yusof dalam satu kenyataan media hari ini.

“Suspek yang menyamar sebagai saudara isteri mangsa juga memberitahu mahu berjumpa dengannya di UTC Kuantan pada 1 petang. Mangsa kemudian pergi ke UTC dan menunggunya di situ namun suspek masih lagi tidak muncul,” jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, setelah lama menunggu, mangsa mula berasa bahawa dirinya ditipu suspek. Dia kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran semalam. Difahamkan, taktik penyamaran suspek terbabit begitu menyakinkan sehingga berjaya mendorong mangsa melakukan pemindahan wang. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Baca lagi artikel berkaitan jenayah yang baru-baru ini berlaku di negara kita menerusi pautan di bawah.

11 Juta Data Peribadi Pengguna Facebook Di Malaysia Bocor, Boleh Diakses Secara Percuma

Padah Berhibur Di Pusat Hiburan, 109 Pengunjung Dikompaun RM10,000 Kerana Langgar SOP

Pukul Dan Sepak Mangsa, Dua Remaja Di Kelantan Jadi Perhatian Pihak Polis

Sumber