Ketika ramai yang beranggapan hype untuk kasut Yeezy sudah mati, nampaknya ia masih mampu menarik minat pembeli terutamanya golongan reseller.

Semuanya apabila adidas mengumumkan model terkenal Yeezy BOOST 350 V2 ‘Bred’ bakal dijual kembali dalam kuantiti terhad di seluruh dunia. Foot Locker di Orchard Gateway, Singapura antara butik yang mendapat stok model ini untuk dijual kepada umum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun kasut ini cuma dijual pada 5 Disember 2020 (Sabtu), tetapi ratusan ‘peminat’ sudah beratur sejak malam 4 Disember 2020 lagi kerana tidak mahu terlepas untuk mendapatkan kasut ini. Dalam gambar yang tersebar, dapat dilihat tiada SOP keselamatan diambil oleh pihak Foot Locker sehingga menimbulkan kegusaran ramai.

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa telah mengambil keputusan untuk menggantung operasi butik Foot Locker terbabit selama 10 hari kerana gagal mengawal keadaan serta tidak mengikut prosedur keselamatan yang sepatutnya.

Tidak pasti mengapa Foot Locker Singapura membuat keputusan untuk menjalankan jualan Yeezy ini di butik dan bukannya secara raffle. Di Malaysia, Yeezy BOOST 350 V2 ‘Bred’ dijual secara dalam talian dengan harga RM990.

Singapore Tourism Board (STB) memandang serius isu ini dan menasihatkan peniaga untuk membuat jualan secara virtual supaya perkara seperti ini dapat dielakkan di masa akan datang.

STB juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan keras sekiranya ada individu atau perniagaan yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Ada antara anda yang bernasib baik dapat membeli model edisi terhad ini semalam?

Ini pula artikel berkaitan reseller yang mahu ambil kesempatan ketika pandemik COVID-19 sedang memuncak di Amerika Syarikat. Baca lagi pada pautan di bawah.

Diharamkan Untuk Jual, ‘Reseller’ Akur Derma Stok Sanitizer Sebanyak 17,700

Baru Sahaja Dibuka Tempahan, ‘Reseller’ Sudah Mula Jual PS5 Dengan Harga Sehingga RM150,489

Netizen Muak Perangai ‘Reseller’ Mahu Kaut Untung Melampau Bagi Koleksi Uniqlo x Billie Eilish

Sumber