Hasrat Xiaomi untuk menyertai pasaran saham atau IPO bukanlah perkara yang baru. Mula diumumkan sejak beberapa tahun sebelum ini, Xiaomi akhirnya telah mula menyertai pasaran saham Hong Kong.

Nilai yang diumumkan bagi IPO Xiaomi adalah $54 bilion menjadikan Xiaomi sebagai syarikat teknologi dengan nilai terbesar dunia yang mendaftarkan ke pasaran saham mengalahkan Alibaba pada tahun 2014.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kemasukan ke pasaran saham menjangkakan nilai syarikat ini turut meningkat nampaknya tidak kesampaian apabila berlaku konflik eknomi diantara Amerika Syarikat dan China yang juga berlaku pada minggu ini sekaligus membuatkan IPO Xiaomi turun enam peratus. Keadaan ini secara tidak membuatkan para pelabur kurang yakin dengan syarikat teknologi dari China ini.

#CHINA-BEIJING-XIAOMI-NEW PRODUCT(CN)
CEO Xiaomi, Lei Jun

Malah, Lei Jun turut mengakui kesilapan untuk menyertai IPO pada waktu konflik ini sedikit sebanyak telah menjejaskan syarikat yang diurusnya. Isu melibatkan komponen ZTE yang dihalang untuk didagangkan di Amerika Syarikat antara yang turut menjejaskan penawaran dan penjualan Xiaomi di negara tersebut.

Dalam pada itu, difahamkan Xiaomi berjaya menguasai pasaran di India yang mempunyai jumlah pengguna yang ramai sekaligus membolehkan syarikat ini memfokuskan kepada kuantiti penjualan.

Lei-Jun-Pendiri-Xiaomi-Tech

Lebih mengangumkan, syarikat yang baru sahaja berumur lapan tahun ini telah berjaya menjadi jenama pilihan pengguna mengalahkan Samsung bermula tahun lalu. Kini, jenama ini dalam usaha untuk menembusa pasaran Eropah serta Amerika Latin.

Tahniah kami ucapkan buat seluruh pasukan Xiaomi. Mereka berjaya membuktikan teknologi yang tercanggih bukanlah penentu utama sebaliknya memfokuskan kepada telefon pintar mampu milik beserta kuantiti penjualan.

Sumber